PEGUAM SYARIE | PEGUAM BELA & PEGUAM CARA

Ketelusan. Kecekapan. Kepercayaan.

Setiap persoalan undang-undang ada jalan penyelesaiannya.
Biar firma kami bantu anda fahami pilihan yang ada.

Setiap keputusan yang bijak, bermula dengan nasihat yang tepat.

Mengenai Kami

Izaan Azalan & Associates bukan sekadar firma guaman – kami adalah rakan strategik anda dalam menegakkan hak dan keadilan.

Diasaskan oleh Tuan Izaan Azalan, Peguam Syarie bertauliah di seluruh semenanjung (kecuali Terengganu) sejak 2014 dan sebagai Peguam bela & Peguam Cara sejak 2021. Firma ini menghimpunkan pengalaman, ketelitian dan strategi dalam menangani isu undang-undang Syariah dan Sivil secara menyeluruh.

Berpangkalan di Denai Alam, Shah Alam, kami mengurus kes di Mahkamah Syariah, Pusaka Kecil dan Mahkamah Sivil.

Kami percaya setiap kes memerlukan pendekatan tersendiri. Di sinilah kami tampil – mendengar dengan teliti, menilai secara kritikal, dan bertindak dengan penuh integriti.

Kami tidak sekadar berjuang untuk menang – kami berjuang untuk yang benar.

Pasukan Kami

Izaan Azalan & Associates 's image

Izaan Azalan | Pengasas Firma

Beliau beramal sebagai Peguam Syarie sejak tahun 2014 dan memiliki tauliah di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Terengganu serta sebagai Peguam Bela dan Peguam Cara sejak tahun 2021.

Dengan pengalaman lebih 10 tahun, beliau berpengalaman luas dalam urusan guaman di Mahkamah Syariah, Pejabat Pusaka Kecil dan Amanah Raya. Beliau juga aktif mengendalikan kes-kes Sivil melibatkan tuntutan kontrak, kecuaian dan pelbagai prosiding lain di Mahkamah Sivil.

Izaan Azalan & Associates 's image

Nuraziah Sanif | Peguam Syarie

Nuraziah Sanif merupakan Peguam Syarie berdaftar di Wilayah Persekutuan, Perak dan Pulau Pinang sejak tahun 2023. Beliau telah menjalani latihan sebagai pelatih kamar di bawah bimbingan Tuan Izaan Azalan dan kini beramal sepenuhnya di bawah firma Izaan Azalan & Associates.

Beliau mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam urusan pengurusan pusaka di Pejabat Pusaka Kecil serta pengendalian prosiding litigasi di Mahkamah Syariah.

Izaan Azalan & Associates 's image

Hanisah Rani | Pembantu Peguam

Beliau merupakan graduan Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir (2018) dan telah melanjutkan pengajian dalam Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2021.

Beliau telah menjalani latihan sebagai pelatih dalam kamar di bawah firma Izaan Azalan & Associates dan kini berkhidmat sebagai Pembantu Peguam. Sepanjang latihan, beliau telah didedahkan secara langsung kepada proses litigasi di Mahkamah Syariah dan kini sedang menunggu pentauliahan sebagai Peguam Syarie.

Perlukan bantuan ?

Biarkan pasukan guaman kami membantu anda mengurus kes anda.

Tel Pejabat : +603-5526 7715 | Tel Faks : +603-5526 7601
Email : izaanazalan.associates@gmail.com