Izaan Azalan | Pengasas Firma
Beliau beramal sebagai Peguam Syarie sejak tahun 2014 dan memiliki tauliah di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Terengganu serta sebagai Peguam Bela dan Peguam Cara sejak tahun 2021.
Dengan pengalaman lebih 10 tahun, beliau berpengalaman luas dalam urusan guaman di Mahkamah Syariah, Pejabat Pusaka Kecil dan Amanah Raya. Beliau juga aktif mengendalikan kes-kes Sivil melibatkan tuntutan kontrak, kecuaian dan pelbagai prosiding lain di Mahkamah Sivil.
Nuraziah Sanif | Peguam Syarie
Nuraziah Sanif merupakan Peguam Syarie berdaftar di Wilayah Persekutuan, Perak dan Pulau Pinang sejak tahun 2023. Beliau telah menjalani latihan sebagai pelatih kamar di bawah bimbingan Tuan Izaan Azalan dan kini beramal sepenuhnya di bawah firma Izaan Azalan & Associates.
Beliau mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam urusan pengurusan pusaka di Pejabat Pusaka Kecil serta pengendalian prosiding litigasi di Mahkamah Syariah.
Hanisah Rani | Pembantu Peguam
Beliau merupakan graduan Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir (2018) dan telah melanjutkan pengajian dalam Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2021.
Beliau telah menjalani latihan sebagai pelatih dalam kamar di bawah firma Izaan Azalan & Associates dan kini berkhidmat sebagai Pembantu Peguam. Sepanjang latihan, beliau telah didedahkan secara langsung kepada proses litigasi di Mahkamah Syariah dan kini sedang menunggu pentauliahan sebagai Peguam Syarie.